dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat

25 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu, 24 Jun 2026, Kempen Internet Selamat telah berjaya dilaksanakan di Dewan Seri Banang, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. Program ini dianjurkan melalui kerjasama tiga pusat NADI iaitu NADI Rengit Indah, NADI Haji Ghaffar dan NADI Parit Othman, bersama-sama empat orang pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Johor.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan seramai lebih kurang 700 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah mengenai keselamatan internet yang disampaikan oleh pegawai MCMC Johor iaitu Encik Muhammad Ezwan Harris Bin Abu Nashrah. Ceramah tersebut memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko penggunaan internet, ancaman siber, perlindungan maklumat peribadi serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan ketika melayari dunia maya.

Selain itu, para peserta turut mengambil bahagian dalam Kuiz Internet Selamat yang diadakan bagi menguji kefahaman mereka terhadap maklumat yang telah disampaikan. Aktiviti ini berlangsung dalam suasana yang meriah dan mendapat penyertaan yang aktif daripada para pelajar.

Bagi memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh NADI kepada komuniti setempat, turut diadakan pendaftaran ahli NADI secara percuma. Pada masa yang sama, peserta juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai keselamatan internet dalam kalangan warga sekolah, seterusnya melahirkan pengguna internet yang lebih beretika dan bertanggungjawab.

Secara keseluruhannya, Kempen Internet Selamat ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama erat antara pihak NADI, MCMC Johor serta pihak sekolah. Program seumpama ini wajar diteruskan pada masa hadapan bagi memperkasakan literasi digital dan keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.